| Beberapa Aspek Penting
bagi Pembeli Rumah |
|
Sebelum anda membuat
keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:
- Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
- Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
|
| |
Kenal
Pasti Jenis Rumah |
| Surat
Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property)
seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB
untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision)
seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.
Pembeli adalah dinasihatkan
mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada pemaju di mana di dalamnya
terdapat semua maklumat penting projek termasuk nombor lesen, permit dan
sebagainya.
|
| |
| Status
Tanah |
Pastikan status tanah sama ada:-
|
| |
| Maklumat
Brosur |
Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyai
maklumat berikut:-
1.Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku;
2.
Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku;
3.
Nama dan alamat:
i) Pemaju perumahan berlesen
ii) Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada)
iii)Pemegang surat kuasa wakil (jika ada)
iv)Syarikat pengurusan projek (jika ada)
4. Status tanah:
i) Bebas
ii) Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan
iii)Bebanan– sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.
5. Dekripsi kedudukan
i) Spesifikasi bahan binaan rumah
ii)Luas bangunan
iii)Kemudahan/perkhidmatan
6. Nama projek perumahan, jika ada;
7.Tarikh projek perumahan dijangka siap;
8.Harga jualan setiap jenis rumah;
9. Bilangan unit setiap jenis yang ada; dan
10.Nama Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan pelan-pelan bangunan
dan nombor rujukannya.
|
| |
| Hak dan
Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah |
Perlu difahami
isi perjanjian Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan
Pelesenan) 1989. |
| |
Bayaran
Pertama |
Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran
pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran
pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama.
Untuk makluman pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama
apa pun tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli. |
| |
| Perakuan
Arkitek |
| Pastikan apa-apa
tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang
ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah. |
| |
| Faedah
Yang Dikenakan |
| Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli
gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja
dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan dikenakan faedah
oleh pemaju yang dikira dari hari ke hari atas kadar 10% setahun ke atas
ansuran yang tidak berbayar. |
| |
|
| Pembatalan
Perjanjian Jual dan Beli |
| Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran
ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28
hari, pemaju boleh menamatkan perjanjian Jual dan Beli. Pemaju
hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada pembeli tentang hasratnya
membatalkan Perjanjian Jual dan Beli. |
| |
| Bayaran
Penyelenggaraan Infrastruktur |
Pembeli hendaklah membayar kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh
pemilikan kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih
oleh Pihak Berkuasa Berkenaan atau Perbadanan Pengurusan (bagi bangunan
yang bermaksud dipecahbahagi.
Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:
a) Bagi tanah dan bangunan
.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji
pembentungan bagi pemajuan perumahan berkenaan.
b) Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi
.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji
pembentungan bagi bangunan berkenaan.
|
| |
| Bayaran
Penyelenggaraan Perkhidmatan |
Mulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar
bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:-
Bagi tanah dan bangunan
(i) Perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan
rizab jalan.
(ii) Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil
alih oleh Pihak Berkuasa Yang Berkenaan.
(iii) Pembelii hendaklah membayar pendahuluan sebanyak 6 bulan pada masa
mengambil pemilikan kosong. Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini
masih belum di ambil alih Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, apa-apa pembayaran
selepas itu hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan.
Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi
(i) Bayaran perkhidmatan adalah bagi penyenggaraan dan pengurusan
harta bersama dan pembayaran bermula apabila pemilikan kosong diambil.
(ii) Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan
pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan ini dan apa-apa bayaran kemudian
hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.
(iii) Bayaran perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar kepada pemaju
daripada tarikh pemilikan kosong sehingga penubuhan suatu perbadanan pengurusan
di bawah Akta Hakmilik Strata 1985.
(iv) Apabila Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) di tubuhkan
di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, perkhidmatan penyenggaraan akan diambil
alih oleh Perbadanan Pengurusan ini dan pembeli adalah wajib membayar
perkhidmatan penyenggaraan kepada Perbadanan ini dan bukan lagi kepada
pemaju.
Ingatan:-
Pembeli perlu mengambil ingatan bahawa perkhidmatan penyenggaraan ini
wajib dibayar selagi pembeli adalah pemilik petak dalam bangunan yang
diselenggarakan. |
| |
| Kumpulan
Wang Penjelas (Sinking Fund) |
Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi sahaja.
-
Pembeli hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan
kosong petak mencarum kepada kumpulan wang penjelas suatu amaun yang
sama dengan sepuluh peratus (10%) daripada bayaran perkhidmatan.
-
Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan
dan tiga (3) bulan pendahuluan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang
Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan selepas itu caruman yang
sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.
|
| |
| Bayaran
Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain |
| Mulai dari tarikh Pemilikan Kosong atau tarikh harta dipindahmilik
mengikut mana yang terdahulu, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai
tanah, kadaran, cukai taksiran dan bayaran-bayaran lain berkenaan dengan
harta yang dibeli. |
| |
| Tempoh
Pemilikan Kosong |
Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik
sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah
dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi). |
| |
| Syarat-Syarat
dan Hak Pembeli Semasa Penyerahan Pemilikan Kosong (VP) |
Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan semasa menerima notis
penyerahan pemilikan kosong.
Sekiranya pemaju memajak tanah atau harta, minta pemaju selesaikan
baki yang ada semasa penyerahan pemilikan kosong.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:-
(i) Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang
mengesahkan:
a. Bangunan tersebut telah siap.
b. Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.
(ii) Pemaju telah memohon:
a. Pengeluaran CFO melalui Borang E *
b. PBT telah mengeluarkan surat perakuan bahawa Borang E telah disemak
dan diterima oleh PBT.
* Borang E adalah permohonan daripada Arkitek pemaju kepada
PBT untuk pengeluaran CFO.
Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila CFO sudah dikeluarkan
oleh PBT dan kerja-kerja mengubah suai rumah hanya dibenarkan selepas
mendapat CFO serta kelulusan pelan oleh PBT berkenaan.
Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan
diserahkan kepada pemaju untuk tujuan pembaikan. Pastikan anda mendapat
salinan aduan.
Pembeli berhak menuntut ke atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah.
|
| |
| Bayaran
Gantirugi |
| Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan
pada masa yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual dan Beli, pemaju hendaklah
membayar kepada pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah. |
| |
| Tempoh
Liabiliti Kecacatan |
| Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan
Pemilikan Kosong. |
|
Penubuhan
Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan
Bangunan Yang DiPecahbahagi |
Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli
apabila Hakmilik Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik
kepada pembeli.
Selain daripada beberapa fungsi lain, Perbadanan pengurusan adalah bertanggungjawab
untuk menginsurankan dan menyelenggara bangunan. |
| |
| Pertanyaan
atau Aduan Perumahan |
Anda
boleh menghubungi :
Bahagian Pengawasan
dan Penguatkuasa
Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan
Paras 3, Blok
B Utara, Pusat Bandar Damansara
50782 KUALA LUMPUR
No.Tel : 03
- 20947033
No.Fax : 03 -
20925049
Majukan Aduan
Anda, di sini, isikan dan klik hantar. Ataupun e-mel
Pegawai Penguatkuasa kami di enforcement@kpkt.gov.my dan berikan maklumat yang lengkap seperti Nama Penuh,
No. K/P, Nama Pemaju, Nama Taman Perumahan dan sebagainya.
Terlebih dahulu, sila lihat Soalan-soalan
Lazim yang kami sediakan.
Sila rujuk
juga Artikel
Perumahan dan Anda yang telah kami sediakan dan siarkan
dalam akhbar tempatan.
Bahagian ini
adalah satu Bahagian di bawah Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan yang dipertanggungjawabkan menjalankan
pengawasan dan penguatkuasaan ke atas Akta Pemaju Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) (Akta 118).
Sumber
:
Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa
Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan |
|
|